Sunday, April 10, 2011

Kesan Paku Pada Tembok Batu

Said ialah seorang pemuda yg sgt pemarah. Dia tidak dpat mengawal kemarahannya wpun hanya berhadapan dgn satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari,ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku.

"Untuk apakah paku-paku ini wahai ibu?" tanya Said.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita bagi melepaskan kemarahanmu", jelas ibunya.

Pada hari pertama sahaja, Said telah memaku sebanyak 29 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahan berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pada suatu hari, Said langsung tidak marah walaupun sekali. Die terus memberitahu ibunya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Said mencabut kembali paku itu satu persatu pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Said lantas memberitahu perkara tersebut kepada ibunya dengan penuh bangga.

Ibunya lantas memimpin tangan Said ke tembok tersebut dan berkata, "Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan sama lagi seperti sebelumnya. Apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka , sama seperti ini.

"Tetapi ingatlah, walau berapa kalipun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatamu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka fizikal".

No comments:

Post a Comment