Sunday, April 10, 2011

Cerita tentang Sang SUAMI ???

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…Bukan cerita Suami aku yek!! Cerita dari Isteri!!! Cetakan Semula!! selamat Membaca!!

Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

 Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili  api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!

Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

            Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
            Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

            Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT  sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

            Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi

                                                                                                            Love,
                                                                                                            Suamimu

Kesan Paku Pada Tembok Batu

Said ialah seorang pemuda yg sgt pemarah. Dia tidak dpat mengawal kemarahannya wpun hanya berhadapan dgn satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari,ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku.

"Untuk apakah paku-paku ini wahai ibu?" tanya Said.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita bagi melepaskan kemarahanmu", jelas ibunya.

Pada hari pertama sahaja, Said telah memaku sebanyak 29 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahan berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pada suatu hari, Said langsung tidak marah walaupun sekali. Die terus memberitahu ibunya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Said mencabut kembali paku itu satu persatu pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Said lantas memberitahu perkara tersebut kepada ibunya dengan penuh bangga.

Ibunya lantas memimpin tangan Said ke tembok tersebut dan berkata, "Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan sama lagi seperti sebelumnya. Apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka , sama seperti ini.

"Tetapi ingatlah, walau berapa kalipun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatamu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka fizikal".

Baju Kurung Terbaru!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Disi aku nak cerita tentang baju baru aku terima!! uhh jauh sungguh aku hantar untuk jahit baju aku nie..thank to iema (gemas).. sedap pun pakai..terletak je kat badan nie.. baju nie aku tempah untuk basahan ke ofice je..dah lama rasanya x pakai baju baru.. kini ku baru terima baju nie.. aku dah hantar baju baru untuk dijahit.. buat kawan yang nak jahit baju bleh try kat iema nie murah je klu baju kurung biasa RM 25..klu ada mata lalat tambah RM5 je.. ok lah dari tempah kat KL RM 40.. klu antar kat iema kite tanggung Kos POS je lah.. aku antar 4 psg RM 13 je..nak tgok baju aku!! maaf x cantik lah!!
kain biasa2 je..




Tuesday, April 5, 2011

Cerita Pasal Semalam!!!

arie nie    :- 6.04.2011
semalam  :- 5.04.2011


Sebenarnya nak cerita pasal semalam..aku ada peperiksaan JPA untuk ku hadapi.. buku x yah citelah dah lah berat giler..pastu aku x baca pun.. aku ingat nak rebus wat minum je!! tawakal dengan ilmu PTK yang aku miliki aku teruskan peperiksaan tersebut..


7.45 am - aku gerak dari umah dengan hubby aku hantarkan (isteri terlebih manja) heheheh.. bertempat MARDI..walaupun kami x tau tempat ku redah jugak lah..


8.45 am - aku tiba di Mardi..uhh ramainya calon!! aku lepak sebentar  tunggu sahabat ku Wanie(JPJ M.J) buka x yah cite lah memang aku x bukak pun..pening aku baca!!


9.00am -  aku cari Dewan A serta Seksyen E manakala Wanie Dewan A tetapi Seksyen D..uhh terpisah kami..niat dihati memang kami nak meniru..tapi x kesampaian..


9.30am - Exam bermula..


12.00am - exam tamat..aku pun balik..


coretan tambahan :- syukur lah aku dapat hadapi dengan tenang.. dengang berkat ilmu PTK aku dekat JUPEM maka dapat hadapinya..harap2 aku lulus dengan jayanya!! cuma ada beberapa soalan aku x tau jawapan dia..so apa lagi guna dadu lah..hehehhehe..nasib baik ABC klu x matiooo!!!


Lepas nie tgu result jawapan je..skrg boleh fikir nak gi kursus plk.. tp lama sgt kursus tue 2 Minggu!! harap dekat je..


My target :- aku nak sahkan jawatan tahun nie jugak..harap sempatlah!!

Monday, April 4, 2011

Gambar Vs Kenangan dengan Teman

KENANGAN AKU DAN URESS

Teman mengingatkan aku tentang sahabat dari sekolah lama aku!!
URESS (nama glamor Gitu) sebut pasti kenal..
teringat pada kenangan Mahirah, Linda, Ayang, Ain Kepeng,
Fadila, Ain dollah,Hasliza, Wanie, Fatin, Alin dan ramai lagi..


 











KENANGAN AKU DAN THE GENG
PD - MELAKA

Time nie kat melaka setelah lama x jumpa..
siap buat BBQ lagi..bakar ayam..uhh sedap..
kat pantai cahaya bulan
hehhehe.. time balik singgah melaka..
jalan2 sehingga petang baru balik





KENANGAN AKU DAN THE GENG JUPEM
WEDDING ANAK DATUK K

Time nie majlis perkahwinan anak datuk K
(Bukan suami datuk siti k)
meriah seperti yang di rancang..
purple sebagai tema..
geng of jupem..













KENANGAN AKU DAN THE GENG JUPEM
COLMAR BUKIT TINGGI

Time nie kat Colmat.. Tempat dia cantik sangat
klu bulan madu sesuai sgt.. sejuk n sunyi..
kenangan kat sini setelah 3x pegi baru dapat jalan2 cuci mata..
setelah aku paksa bos aku nie!!
mana2 kursus yg aku hadiri aku adalah seorg je peserta wanita..
sunyi je aku..
tp yang best nya bos2 aku nie x pernah tinggalkan aku..
walaupun hanya lepak kat kedai minum..
kena angkut aku sekali..
terlalu banyak kenangan nak aku coretkan
maau patah jari klu semua nak cite..
nanti aku pasang tape hidup aku yek..

kini semua nie dah jadi bekas bos aku!!
( en.sepole, en.daud, en.husaini,en. irwan, en.hamid,razif)












KENANGAN AKU DAN THE GENG
POS MALAYSIA BHD

emm walaupun cuma sekejap sahaja aku di POS tetapi kawan2 aku kat sana cukup
buat hidup aku bererti.. cuma kerja disama membuat aku jadi tertekan..
kawan aku sporting giler maklumlah kami semua muda2 belia belaka..
semua perkara x jadi hal..aku amat rindukan suasana tue..

nie gambar masa hari perpisahan!uhh terharu beb!!





KENANGAN AKU DAN THE GENG JPJ
AKEDEMI JPJ MELAKA

Kini aku kerja di JPJ WPKL
uhh nama je gempak tp keja x gempak pun..
gambar time ikuti kursus!!
nak jimat punya pasal buat kat akedemi je..
takut momok!!!








 
SEGALANYA DENGAN TEMAN..
KENANGAN MENGINGATKAN AKU TENTANG MEREKA..





Sunday, April 3, 2011

Hari ini Punya Cerita!!

4 April 2011
Isnin

jam 8.00 pagi gerak dari umah.. untuk menghadapi ujian menaip di kementerian Pengangkutan (MOT) . setibanya di MOTaku ingat aku yang last datang ke MOT tp aku ke dua awal sampai padahal jam sudah jam 9.10 pagi.. calon diminta hadir selewatnya 9.15 pagi..nasib baik x lewat.. jumpa staff JPJ WPKL iaitu wanie jpj maju junction, rina bhg siasatan dan (? ) bhg. Akaun.

aku telah memasuki bilik ICT seperti di janjikan. tp masalah datang melanda.. komputer kami semua x ada software microsoft word.. terpaksalah pihak MOT mencari Laptop untuk teruskan ujian.. tp hanya 5 perserta sahaja yang layak untuk 1 sesi..
aku masuk sesi ke 2 yang bermula jam 10.00 pagi..

Ketika bermula ujian.. aku mengalami gemuruh terlampau..sehingga pakingson ku datang.. laptop yang aku guna giler agaknya!!! nasib baik sempat habis tapi x sempat semak kesalahan. dalam fikiran aku just tawakal je lah..uhh habis ujian..

10.30 pagi aku balik ke rumah ..dari putrajaya ke keramat..jam 11.00 pagi baru sampai keramat. sempat lagi singgah setiawangsa beli nasik sebab lapar giler maklumlah x sempat sarapan..

buat staff MOT :-)
thank sbb bertungkus lumus untuk meneruskan ujian nie..


buat staff JPJ WPKL :-)
good luck untuk exam esok k.. Jumpa kat MERDI Serdang


buat suami :-)
thank sayang sbb antar Da arie nie.. panatkan tgu..syukur x lama sejam je..


buat kalian :-)
doakan aku untuk ujian Perkhidmatan Awam di Mardi Serdang..

Monday, February 21, 2011

khas buat "NIA"

Nia,.. tidak tergambar perasaan ku..bila nia sudi beri "dia" kepada ku..perasan semua menjadi satu (haru biru)..sedih ke aku bila nia jauh dr "dia"..Gembira ke aku bila "dia dgn aku..kuat ke aku seperti Nia..kejam ke aku pisahkan "dia" dgn nia.."NIA"...betul ke tindakan ini..sejak akhir2 nie.. ati dan fikiran ku hanya terfikir pasal nia.."NIA"..boleh ke nia hidup tanpa "dia"..


NIA..thank hadiah tue..walaubagaimanapun.. kite kongsi hadia tue yek.. nia x terpisah.. ku x kehilangan..hidupku penuh dengan bunga..bunga..melur..heheheh.. jiwang bila teringatkan nia..


* Thank buat NIA